Wednesday, January 28, 2009

Rambut,Unisel dan dot dot dot.....


Diatas adalah gambar saya dalam version MARAH!!! Cheh!! poyo jer tuh...disini ingin saya suarakan ketidak puas hatian saya terhadap beberapa undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu di UNISEL.....
First, UNISEL itu sendiri apa??
Universiti Industri Selangor laaa...
Ishhh,status universiti ini sendiri,pening kepala dibuatnya,
under kerajaan pun tak,under separa kerajaan pun bole jadi gak,under swasta pun bleh jadi gak

So nak kata under kerajaan,yuran nya dah macam kita pi blajar kat universiti swasta,
lebih baik pi universiti swasta jer.....
sebabnya UNISEL nyer undang2 dah macam universiti kerajaan ler pulak...


Second, Rambut,hahahhaha....benda nih yang aku pelik nih...kami dikenakan bayaran beribu2 untuk satu semester...tetapi kami dikenakan tindakan jika kami berambut panjang/kaler, berfesyen funky,memakai t-shirt berkolar bulat,memakai sendal atau selepar....

Saya faham, kalau UNISEL adalah universiti kerajaan peraturan begini, begitu penting untuk dipatuhi, atas sebab2 tertentu...


Atas sebab apa kami tak dibenarkan melakukan perkara2 diatas:


1. Kelihatan seperti penjenayah


"Lebih baik ko potong rambut ko,dulu ada sebiji motor kena curi kat kawasan asrama,kitaorang nampak,kendian kitorg kejar,motor tu terselamat,tapi lelaki yang nak curik moto tu sempat lari dan lompat ikut pintu pagar tepi padang,kitorg tak nampak muka laki tuh,tapi rambut dia panjang!!!" perbualan dipetik dari pengalaman!!!


2. Nampak tak kemas


"wei ko tengok apek tua tuh,selekeh semacam jer kan,dengan rambut panjang tak terurus,aku tengok dah macam beruk pun ada.....tapi ko tau sapa dia tuh,dia ler tokey kedai tayar kat ujung kampung tuh,kaya dia tuh,kereta pakai BMW,henset pakai O2,dengar cerita dia nak bawak staff2 dia suma pi cuti kat Langkawi,time chinese new year nih....." petikan dari remaja tembok di kawasan FELDA

3. Kehendak orang atasan!!!


"Benda sensitive nih,kalo silap taip,kena gantung aku...hampeh tul" petikan dari HATI.


4. Supaya kelihatan professional....


"Wei,cammon lah bro,lu pikir rambut pendek,sikat blah tepi,baju tuck-in,seluar slack berkemeja tu suma,baik ker,lu tengok orang2 dalam penjara nih,suma rambut pendak bro,botak lagi....lu jangan tengok orang sebelah mata bro,mat saleh ada cakap dont judge the book by it cover....orang2 yang nampak cam biasa nih ler lagi bahaya,sebab kita tak leh nampak perwatakan jahat dia bro...sembunyi blakang baju dan kekemasan nyer..." petikan dari salah seorang tahanan Penjara Kajang


Hahahhahaha.....kesan nyer saya terPAKSA memotong rambut saya....ramai yang beranggapan rupa diri adalah salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri, saya berasa keyakinan diri saya sudah jatuh disebabkan oleh rambut....mungkin ada yang gelak berguling2...

tapi cuba saudara/i berfikir sejenak,rambut juga adalah sebahagian dari tubuh manusia,seperti juga jari,tangan dan kaki, cuba bayangkan jika saya MENYURUH, tuan2 dan puan2,memotong salah satu jari,apa akan tuan2 dan puan2 rasa!!!???
Jari mungkin agak kejam,cuba tuan2 dan puan2 disuruh untuk memotong bulu kening tanpa kehendak tuan2 dan puan2...RASA NYER BEST,TAK CAYA LEH TRY!!!...

Mengulas kembali persolalan no1...kelihatan seperti penjenayah???

Pemikiran orang melayu sendiri perlu diubah,masyarakat dunia sekarang nih dah tak heran dengan rambut panjang ke pendek,betapa daifnya pemikiran yang mengaitkan orang2 yang berambut panjang ni dengan perkara yang negatif,wei,nabi pun rambut sampai paras bahu,tergamak kata nabi tu penjenayah gak ker!!!akai ada kaaa!!!

Budaya rambut panjang,selalu dikaitkan dengan drug,sex and rock n roll,ini adalah disebabkan pengaruh dari artis barat yang terang2 menjadi role model pada remaja...dah menjadi lumrah manusia,suka pada benda2 yang negative(baca buku2 oleh Sigmund Freud)...tapi model2 artis yang positive taknak lak korang ambik tau,contoh Ramli Sharif yang membawa lagu2 ketuhanan,Untaz Akil Hayy yang dahulu nyer rockers kini jadi pendakwah...taknak lak korang ambil diorg untuk dijadikan sebagai idola dan role model...mereka suma berambut panjang tapi jadi gak manusia yang berguna,jangan ler cetekkan pemikiran kita.....bodoh betul ler

Mengulas persoalan no2, Nampak tak kemas....

Kekemasan....ko tengok dari sudut mana???kalo ko tengok dari sudut orang gila yang merempat tepi jalan tuh,memang ler diorag tak kemas!!!cuba pikir nih...kebiasaan orang melayu kurang pi saloon,selalu pi kedai mamak jer untuk gunting rambut,pernah tak anda jumpa orang yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk set rambut tiap2 bulan di saloon2 terkenal...tidak kemas lagi kah orang2 seperti itu....atau kita yang tak kemas poket???

Mengulas persoalan no3, kehendak orang atas...

huh...yang lagi atas dari orang atasan tu punya undang2 pun korang tak ikut...apatah lagi undang2 dunia nih...

Mengulas persoalan no4, kelihatan lebih pro

Adakah dengan berambut pendek seorang student tu boleh bertambah pintar akalnya,adakah orang yang berambut panjang tuh,sumanya bodoh,tak berguna,bangang,jahat...benda yang paling selalu didengar ialah "Kita nakkan first impression orang"...kalo first impression orang tengok kita nih berpakaian kemas,rambut pendek ikut disiplin tapi tak reti buat kerja,takde public relation yang baik,tak tau nak bawa diri,itu dah masuk kategori nerd!!!bukan proffesional....yang lebih penting adalah dalamnya,ilmunya,hasil kerjanya,pengetahuannya,pandai bawa diri,tau hukum hakam,bukan nyer tengok orang hensem kemas sepanjang masa tu trus ambik kerja...last2 nyesal sebab kena songlap duit syarikat...hahahahhahaha

MINTA MAAF KALO ADA YANG TERASA DIHATI
JANGAN FIKIR RASA HATI ANDA JER
FIKIR RASA HATI ORANG LAIN GAK
SEBABNYA MAJORITI ORANG MELAYU KITA NIH IKUT KAN SANGAT HATI
BUKAN NYER IKUT AKAL FIKIRAN
ORANG YANG BERILMU AKAN MEMULAKAN PERCAKAPANNYA DENGAN
"SAYA FIKIR....."
ORANG YANG KURANG ILMU DAN MAJORITI ORG MELAYU AKAN MULAKAN PERCAKAPANNYA DENGAN
"SAYA RASA......"
ANDA YANG MANA?



3 comments:

  1. benar itu bob..
    saya sebagai penghuni rambut panjang jg..
    mmg panaz ja dorang (tuttttt)
    xpayah suruh gunting kening..
    kecian kt dorang..
    nnti xkemas plak..
    dorang kan kemas..
    kacak...
    sembahyang 5 waktu yg di bangga2 kan..
    (dasar pengalaman sendiri)

    ReplyDelete
  2. adakah iman orang boleh dilihat???
    pakaian dan rupa diri memang sebahagian dari
    iman...tapi persoalannya adakah suma org
    rambut pendek tu baik dan tinggi imannya...
    tinggi sangat ker tahap sesorg itu kalo
    dia bole jatuh hukum terus dengan mengatakan
    yang orang berambut panjang itu sumanya
    jahat, iman cetek, penjenayah, suma tu...
    siapa kita ini??? nak buat kerja tuhan...
    pandai2 jatuh hukum...bodoh!!!

    ReplyDelete
  3. sy amat stuju ngan en bob..sj juga pelik ngan persepsi org2 kt kini..bg sy rmbut yg pjg ni memberi suatu inspirasi dan peransang malah kekuatan dan yakin dlm dr...itu pada sy lah..bukan la bmaksud kt pcya pd rmbut..tp xperlu la rmbut pon org2 kt smpai nk gadoh2 sampai terbalik meja restoran hakim,tercabut plug printer kedai abg din dan tayar bus rapid tercabut gara2 marah km xmau potong rmbt..ni semua anugerah tuhan untuk kt..baik kt smpan dr g potong then ors salun atau mapley ptng rmbut tu bt rambot kita carpet rumah diaorg..kan hina tu,,so kpd org2 yg terbabit, ubahlah persepsi anda sblm km anda minum pepsi

    ReplyDelete